nliana

Thursday, October 12, 2006

Profile syarikat penting

Hai ! Berjumpa lagi.

Mungkin ada yang masih tertanya biz MLM apa yang saya buat. Jawapannya adalah SN atau Smart Naco Sdn Bhd . Untuk berjaya dalam MLM paling penting adalah Profile Syarikat kerana syarikat yang benar - benar stabil sahaja akan memberikan pulangan dan seterusnya kejayaan buat kita. Bayangkan anda bekerja di syarikat yang mempunyai masalah, tak kiralah masalah pentadbiran atau masalah pembayaran sudah tentu kita sendiri mencerminkan kesulitan di mata 'customer' . Bagaimana pula kita nak mengembangkan network kita kalau syarikat tidak menunjukkan prestasi yang baik.

Di SN kita di beri pulangan yang meyakinkan kerana juga plan pemasarannya yang efektif.Paling penting adalah produknya yang berkualiti sehingga kita tak perlu bercerita panjang.'Sapa cuba sapa tau'. Di SN juga supply produk sentiasa anda . Anda tidak akan menghadapi masalah stok walau pun produk sentiasa di 'cari'.

Jadi untuk berjaya Profil dan latarbelakang syarikat amat penting kerana syarikat yang berpotensi 'baik' sentiasa menjaga pengedar atau rakan niaga dari segi hak - hak perniagaan.
Kalau anda nak berjaya kene terus baca tip - tip dari saya . Bleh juga lawat web journal saya di
http://nazliana.bravejournal.com.

Sekian berjumpa lagi...

Ini lah saya

Tuesday, October 03, 2006

Bagaimana saya menjadi 'diri saya' pada hari ini

Hai, assalamualaikum . Harap anda semua sihat.

Hari ni saya nak cerita bagaimana saya menempatkan diri dalam bidang yang saya ceburi. Yelah apabila kita jadi orang baru kita kenalah 'muncul' di celahan orang ramai agar kita terpanggil untuk hebat seperti orang yang sudah menempah nama.

Saya masih ingat pada meeting yang pertama saya hadiri di First Business Inn. Sebelum ini saya hanya mendengar mengenai leader - leader hebat dari mulut rakan niaga.Pada hari itu saya berpeluang berjumpa sendiri dengan nama - nama tersebut. Memandangkan hadir sendiri tanpa rakan niaga saya beranikan diri berjumpa KAZ (pengasas kami) .Tak sangka beliau begitu terbuka menjawab setiap soalan yang saya ajukan. Secara tak langsung kita menerima ilmu biz tanpa perantara, sudah tentu 'aura hebat' tersebut dapat kita serap.

Kadang kala bila kita terlalu malu, kita akan terlepas peluang keemasan seperti ini. Sejak itu apabila nama kita di kenali maka mudahlah kita berurusan dan menampilkan diri. Saya hadiri setiap aktiviti meeting yang di adakan di KL bila masa terluang. Sehingga satu masa saya di pelawa memberi pendapat di Conference Online dan juga di beri peluang menjadi Emcee di meeting group di Stokis sedangkan pada ketika itu saya hanya orang yang 'kecil' kalau nak di bandingkan dengan orang lain.

Begitulah saya mula menjadi seperti hari ini. Walau saya masih banyak kekurangan tapi saya bangga di SN , saya berpeluang untuk jadi seperti apa yang saya nak. So pada yang baru menceburi bidang MLM kita tampilkan potensi yang kita ada dalam satu medium biz yang menyeronokkan di SINI.

Berjumpa lagi.Wasallam

TIAP YANG BERMULA DENGAN FOKUS PASTI BERAKHIR DENGAN JAYA

Thursday, September 28, 2006

MLM Setaraf biz conventional

Berjumpa lagi.

Semua dah tahu kenapa saya memilih MLM. Bolehkah anda bayangkan saya yang mempunyai ijazah boleh terlibat dengan MLM. Malah bukan sahaja saya.Ramai lagi rakan niaga yang lain mempunyai latar pendidikan yang tinggi .Contohnya ada engineer, doctor dan majistret !! (macam citer Allahyarham P Ramlee)..he he.

Ini menunjukkan bidang MLM satu cabang biz yang diiktiraf sehingga menjadi 'periuk nasi' masyarakat di Malaysia. Penting sekali ia bukan skim cepat kaya atau 'omongan' semata. Jika dulu orang menganggap MLM itu satu bidang mainan sekarang semuanya berlumba - lumba melakukannya.

Ini tidak lain kerana sejarah yang di cipta oleh orang lain pada masa lalu bila mereka 'claim' yang bukan - bukan. Contohnya mendapat RM3000 dalam masa sebulan. Seharusnya di sini kita tekankan berkenaan dengan usaha, fokus yang konsisten.

Antara sebab MLM mula mendapat tempat tidak lain kerana ciri ciri MLM yang berbaloi .Yang utama adalah modal yang rendah. Bayangkan anda yang tidak mempunyai modal dan simpanan ingin memulakan biz. Anda perlu membuat pinjaman dengan risiko yang tinggi. Mungkin juga setelah di 'interview' anda di dapati tidak layak. Maka akhirnya terkubur hasrat berniaga.

Sememangnya benar pada setiap yang kita lakukan perlu fokus dan terus buat .Tiada jalan pintas menuju kejayaan ..Semua nya perlu bertatih dan berjalan barulah melompat dan berlari.Marilah kita mencari penyelesaian kepada masalah yang kita hadapi. Sertai kami di sini
http://nazliana.iggnetwork.com

Tuesday, September 26, 2006

Kenapa MLM ?

Hai berjumpa lagi. Tajuk hari ni kenapa saya pilih MLM?

Sebab :

1) Modal biaya yang rendah (Tak sampai beribu)
2) Faktor masa .Waktu malam saya boleh manafaatkan untuk promote biz
3) Rakan niaga dan keluarga besar yang supportive.Kalau takde galakan tak seronoklah
4) Income yang tiada batas. Sampai masa saturate?? Banyak alternative lain dalam MLM
5) Boleh buat Part Time.

Tak cuba tak tahu.!!!

Jumpa lagi!!


http://www.nazliana.bravejournal.com

Sunday, September 24, 2006

SIRI MLM

Mulai dari hari ini saya akan tampil dengan program menarik MLM secara bersiri .Ringkas tetapi padat dan berisi.

Biarlah saya mulakan dengan pengenalan ringkas diri saya. Nama saya Nazliana berasal dari Kuala Lumpur. Mempunyai ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan, UPM. Saya berkecimpung dalam perniagaan MLM secara serius pada Mac 2006 kerana tertarik dengan produk yang berkualiti. Pendapatan yang saya terima, hemm agak lumayan.

Selain itu antara sebab saya bermula dengan MLM adalah metodologi perniagaannya yang menggunakan CD . Tidak mengira siapa anda , kemudahan method ini adalah anda tidak perlu bercakap banyak untuk menarik ramai prospek.

Banyak lagi ciri - ciri MLM yang memikat hati saya . Nantikannya di masa akan datang.Lawatilah web saya seperti di bawah untuk mengetahui rahsia saya di MLM.

http://nazliana.iggnetwork.com